Tuesday, September 11, 2012

LITAR SELARI


Hello BRAINIANS!

LITAR SELARI - Litar Selari ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui komponen lebih daripada satu saluran. Litar selari mempunyai sambungan komponen elektrik yang lebih dari satu.

Kamu kurang faham? Baiklah, saksikan video yang Cikgu Dee telah sediakan. Laluan yang digunakan oleh Pacman adalah banyak. Pacman menyelamatkan diri dengan melalui laluan yang banyak dan tidak terhad kepada satu laluan sahaja. Jom, kita saksikan.


Begitulah juga konsepnya dengan Litar Selari. Litar Selari ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui lebih daripada laluan. Kebiasaanya, litar siri mempunyai sekurang-kurangnya dua biji mentol. Bermaksud, arus yang dibekalkan oleh kuasa, mengalir ke mentol-mentol dan suis melalui laluan yang lebih dari satu. Oleh itu, jika disambungkan dengan bilangan mentol yang banyak, maka nyalaan mentol pada litar masih lagi menjadi terang. Cuba kamu perhatikan eksperimen Litar Selari, dan perhatikan perubahan yang berlaku pada nyalaan mentol tersebut.



Betul, tepat sekali jawapan kamu. Apabila bilangan mentol ditambah pada litar, nyalaan mentol masih terang. Ini kerana, bebanan pada litar telah dibahagikan kepada setiap laluan, dan kuasa yang dibekalkan kepada mentol yang ada adalah sama. Selain itu, sekiranya satu mentol tidak berfungsi, tetapi mentol-mentol lain masih menyala. Sebabnya, arus yang mengalir bersambung pada laluan seterusnya dan masih mendapat bekalan arus elektrik.

LITAR SIRI

Hello BRAINIANS!

LITAR SIRI - Litar siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui komponen dalam satu saluran sahaja. Litar siri menyambungkan komponen elektrik dan elektronik lebih dari satu.

Kamu kurang jelas? Baiklah, saksikan video yang Cikgu Dee telah sediakan. Laluan yang digunakan di Litar Sepang hanyalah satu laluan sahaja. Semua kereta lumba perlu melalui laluan yang sama dan membuat pusingan di laluan tersebut. Jom, kita saksikan.


Begitulah juga konsepnya dengan Litar Siri. Litar Siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui satu laluan sahaja. Bermaksud, arus yang dibekalkan oleh kuasa, mengalir ke mentol dan suis melalui satu laluan sahaja. Oleh itu, jika disambungkan dengan bilangan mentol yang banyak, maka nyalaan mentol pada litar akan menjadi malap. Cuba kamu perhatikan eksperimen Litar Siri, dan perhatikan perubahan yang berlaku pada nyalaan mentol tersebut.


Betul, tepat sekali jawapan kamu. Apabila bilangan mentol ditambah pada litar, nyalaan mentol menjadi malap. Apabila bilangan mentol berkurang, maka nyalaan mentol menjadi lebih terang. Ini kerana, bebanan pada litar semakin berkurang, dan kuasa yang dibekalkan kepada mentol yang ada menjadi banyak. Selain itu, apabila satu mentol tidak berfungsi, maka mentol-mentol lain juga turut tidak menyala. Sebabnya, arus yang mengalir tidak bersambung dan laluan seterusnya tidak mendapat bekalan arus elektrik.


Monday, September 10, 2012

ELEKTRIK

Hello BRAINIANS!

Ha..Cikgu Dee pasti, ramai antara kamu yang handal berpandai permainan komputer. Ramai juga yang gemar melayari internet. Angkat tangan jika betul. Tak mengapa, asalkan kamu bijak membahagikan masa antara hiburan dan belajar.

Oleh itu, apa kata kita belajar bagaimana komputer yang kita gunakan boleh berfungsi. Apakah yang menyebabkan komputer berfungsi?

Elektrik, tepat jawapan kamu!

Tapi bagaimana elektrik boleh mengalir? Elektrik mengalir melalui litar. Litar ialah laluan arus elektrik. Kuasa dibekalkan melalui bateri atau sumber elektrik kepada barangan elektrik yang dihubungkan melalui litar. Jika kamu ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai litar, rujuk post Cikgu Dee yang akan datang.

PROJEK PENYANGKUT PINTU

Hello BRIANIANS!

PROJEK PENYANGKUT PINTU
Ok, baiklah. Sebelum kita pergi kpada topik-topik dalam KH, apa kata kita cuba buat satu projek kraftangan. Nak tak? Mestilah nak, mesti cuba! Nak lagi seronok, mari ajak kawan2 kita sekali ok?

Jadi, apa yang kita perlukan ialah :

8 Batang Aiskrim (yang dibersihkan)
Gunting
Gam
Warna Air
Berus Lukisan
Pelekat Hiasan
Tali Tangsi
Kertas Warna


Baiklah BRAINIANS, bahan-bahan telah disediakan. Mari kita lihat pula apakah langkah-langkah untuk membuat projek PENYANGKUT PINTU ini ya? Ayuh!


Jadi, jom kita buat!


WELCOME BRAINIANS!

Hello semua BRAINIANS!..Cikgu Dee di sini. Kamu sihat ke hari ini? Bagaimana dengan sekolah?
Ok. Adakah kamu  teruja dengan subjek kemahiran hidup di sekolah kamu? Jika ya, bagus! Jika tidak, mari kita pelajari KH dengan kaedah yang lebih menyeronokkan.. Ok?