Tuesday, September 11, 2012

LITAR SIRI

Hello BRAINIANS!

LITAR SIRI - Litar siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui komponen dalam satu saluran sahaja. Litar siri menyambungkan komponen elektrik dan elektronik lebih dari satu.

Kamu kurang jelas? Baiklah, saksikan video yang Cikgu Dee telah sediakan. Laluan yang digunakan di Litar Sepang hanyalah satu laluan sahaja. Semua kereta lumba perlu melalui laluan yang sama dan membuat pusingan di laluan tersebut. Jom, kita saksikan.


Begitulah juga konsepnya dengan Litar Siri. Litar Siri ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui satu laluan sahaja. Bermaksud, arus yang dibekalkan oleh kuasa, mengalir ke mentol dan suis melalui satu laluan sahaja. Oleh itu, jika disambungkan dengan bilangan mentol yang banyak, maka nyalaan mentol pada litar akan menjadi malap. Cuba kamu perhatikan eksperimen Litar Siri, dan perhatikan perubahan yang berlaku pada nyalaan mentol tersebut.


Betul, tepat sekali jawapan kamu. Apabila bilangan mentol ditambah pada litar, nyalaan mentol menjadi malap. Apabila bilangan mentol berkurang, maka nyalaan mentol menjadi lebih terang. Ini kerana, bebanan pada litar semakin berkurang, dan kuasa yang dibekalkan kepada mentol yang ada menjadi banyak. Selain itu, apabila satu mentol tidak berfungsi, maka mentol-mentol lain juga turut tidak menyala. Sebabnya, arus yang mengalir tidak bersambung dan laluan seterusnya tidak mendapat bekalan arus elektrik.


No comments:

Post a Comment