Tuesday, September 11, 2012

LITAR SELARI


Hello BRAINIANS!

LITAR SELARI - Litar Selari ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui komponen lebih daripada satu saluran. Litar selari mempunyai sambungan komponen elektrik yang lebih dari satu.

Kamu kurang faham? Baiklah, saksikan video yang Cikgu Dee telah sediakan. Laluan yang digunakan oleh Pacman adalah banyak. Pacman menyelamatkan diri dengan melalui laluan yang banyak dan tidak terhad kepada satu laluan sahaja. Jom, kita saksikan.


Begitulah juga konsepnya dengan Litar Selari. Litar Selari ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melalui lebih daripada laluan. Kebiasaanya, litar siri mempunyai sekurang-kurangnya dua biji mentol. Bermaksud, arus yang dibekalkan oleh kuasa, mengalir ke mentol-mentol dan suis melalui laluan yang lebih dari satu. Oleh itu, jika disambungkan dengan bilangan mentol yang banyak, maka nyalaan mentol pada litar masih lagi menjadi terang. Cuba kamu perhatikan eksperimen Litar Selari, dan perhatikan perubahan yang berlaku pada nyalaan mentol tersebut.



Betul, tepat sekali jawapan kamu. Apabila bilangan mentol ditambah pada litar, nyalaan mentol masih terang. Ini kerana, bebanan pada litar telah dibahagikan kepada setiap laluan, dan kuasa yang dibekalkan kepada mentol yang ada adalah sama. Selain itu, sekiranya satu mentol tidak berfungsi, tetapi mentol-mentol lain masih menyala. Sebabnya, arus yang mengalir bersambung pada laluan seterusnya dan masih mendapat bekalan arus elektrik.

No comments:

Post a Comment